Pages

Jom Klik:Tawaran Hebat

Showing posts with label KEWANGAN. Show all posts
Showing posts with label KEWANGAN. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Maybank & RHB Umum Kenaikan Kadar Faedah

Baru ini rakyat malaysia telah diumumkan dengan kenaikan OPR Bank Negara. Kalau nak tahu rujuk disini. Oleh itu kumpulan perbankan tempatan pasti akan mengumumkan kenaikan kadar faedah masing-masing susulan langkah Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 3.0 peratus daripada 2.75 peratus minggu lalu. Jadi kumpulan perbankan juga telah mengumunkan kenaikan kadar faedah. Jom kita lihat:

Malayan Banking Bhd (Maybank

Maybank dalam kenyataannya semalam berkata, ia menaikkan kadar faedah deposit serta pinjamannya sebanyak 0.3 peratus.

Ia berkata, Kadar Pinjaman Asas (BLR) bagi pinjaman konvensional bank itu dinaikkan daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun.

Kumpulan perbankan terbesar tempatan itu juga berkata, untuk Kadar Pembiayaan Asas (BFR) bagi Maybank Islamic Bhd juga dinaikkan kepada 6.60 peratus daripada 6.30 peratus.

RHB Banking Group


RHB Banking Group pula mengumumkan kenaikan BLR RHB Bank Bhd dan BFR RHB Islamic Bank masing-masing daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun.

Ia juga mengumumkan kadar faedah tempoh deposit tetap barunya, iaitu 3.05 peratus (satu hingga dua bulan), 3.10 peratus (tiga hingga lima bulan), 3.20 peratus (6 hingga 11 bulan) dan 3.30 peratus (12 bulan).

Pegawai Prinsipal RHB Bank Bhd, Renzo Viegas berkata, semakan itu adalah sejajar dengan langkah Bank Negara menaikkan OPR.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz ketika mengulas mengenai keputusan bank pusat itu menaikkan OPR itu minggu lalu berkata, ia adalah langkah wajar selepas mengambil kira kedudukan ekonomi semasa.

Beliau turut menegaskan bahawa langkah itu tidak mengehadkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerana pada kadar semasa, ia masih mampu menyokong kerancakan ekonomi.

Sementara itu penganalisis berkata, susulan pengumuman menaikkan kadar faedah oleh Maybank serta RHB itu, kumpulan perbankan lain juga dijangka membuat pengumuman yang sama dalam tempoh terdekat ini.

*Oleh itu setelah kenaikan faedah, kita akan dapat lihat kenaikan inflasi yang mendadak...Sekaligus memberi kesan yang sangat negatif kepada rakyat*...

Friday, May 6, 2011

Bank Negara naikkan kadar dasar OPR - 3 peratus

Bank Negara telah mengumumkan tentang menaikkan 25 mata asas dalam kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3 peratus dengan harapan tindakan itu mampu memastikan kadar inflasi terkawal serta memperlahankan kenaikan ringgit.

Menurut Reuters, tindakan itu juga dikatakan bakal menyaksikan kenaikkan kadar yang lain. Bank Negara yang bermesyuarat enam kali setahun bagi menentukan kadar itu berkata penanda aras OPR dinaikkan 3 peratus daripada 2.75 peratus, naik 25 mata asas manakala paras keperluan rizab berkanun (SRR) akan dinaikkan kepada 3 peratus daripada 2 peratus, naik 100 mata asas berkuat kuasa 16 Mei.

Sementara itu, Bernama melaporkan ketua ahli ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd Anthony Dass berkata bank pusat mengambil langkah menaikkan OPR memandangkan ia tidak mahu ketinggalan setelah kadar faedah bank pusat serantau meningkat.

"Yang mengejutkan ialah kenaikan dalam OPR. Kami melihat tindakan itu sebagai langkah BNM untuk tidak mahu ketinggalan di belakang.

"Kebanyakan negara telah menaikkan kadar faedah dan Malaysia masih di belakang. Jika kita kekal di paras lama dan hanya menaikkan kemudiannya apabila inflasi berterusan meningkat, ia akan menghasilkan kadar dinaikkan pada kadar yang lebih tinggi," kata beliau.

Bank pusat telah menaikkan OPR tiga kali tahun ini daripada dua peratus dan secara beransur-ansur mengurangkan SRR sejak Disember 2008 daripada empat peratus kepada satu peratus pada Mac 2009.

Data terkini oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan indeks harga pengguna (IHP) bagi Mac meningkat sebanyak tiga peratus kepada 102.4 berbanding setahun dulu.
Sementara itu, ketua penyelidikan runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata kenaikan dalam SRR adalah dalam jangkaan pasaran.

"Kenaikan dalam OPR mencerminkan bahawa BNM memberi lebih wajaran kepada inflasi berbanding pertumbuhan ekonomi dan mereka mahu mengimbangi kenaikan ringgit pada kadar perlahan," katanya.

Mengenai institusi kewangan, Nazri berkata bank-bank akan membuat penyelarasan seiring dengan kenakan kadar, bagaimanapun disebabkan oleh persaingan pasaran, pelarasan akan perlahan.

"Bank-bank akan mengikutinya tetapi kemungkinan mereka tidak akan menyalurkan jumlah sepenuhnya kepada pelanggan mereka sekali gus," katanya.

*Melihat kepada keputusan ini,,ia pasti akan menekan kehidupan rakyat...Inflasi pasti meningkat...***

Thursday, April 28, 2011

20 firma Malaysia tersenarai di Forbes Global (2011)

Forbes Global 2000 telah mengeluarkan senarai lengkap terkini 2000 syarikat terbesar di dunia  untuk tahun 2011 yang dinilai berdasarkan jumlah komposit jualan, keuntungan, aset dan nilai pasarannya.

Sepuluh syarikat teratas dalam senarai berkenaan ialah :
1. JP Morgan Chase   ( Amerika Syarikat)
2. HSBC Holdings      ( United Kingdom)   
3. General Eletric        ( Amerika Syarikat)
4. ExxonMobil           (Amerika Syarikat)
5. Royal Dutch Shell  (Belanda)
6. PetroChina            (China)
7. ICBC                    (China)
8. Berkshire Hathaway (Amerika Syarikat)
9. Petrobras-Petroleo Brasil (Brazil)
10.Citigroup              (Amerika Syarikat)

Secara keseluruhannya negara Asia Pasifik mendominasi senarai itu tahun ini dengan 701 syarikat, termasuk 11 syarikat senaraian awam baru dari rantau itu.

Dari segi jumlah keuntungan terbesar berasaskan negara, China mendahului senarai dengan 121 syarikat, dengan keuntungan terkumpul AS$168 bilion.

Manakala untuk Malaysia, 20 Syarikat telah disenaraikan dalam Forbes Global 2000 untuk 2011. Berbanding dengan tahun lepas, bilangan itu bertambah daripada 18 syarikat yang disenaraikan tahun lalu dengan jumlah aset digabungkan adalah AS$492.9 bilion (RM1.48 trilion), meningkat berbanding AS$404.1 bilion (RM1.21 trilion) tahun lalu. 

Manakala nilai pasaran 20 syarikat Malaysia yang disenaraikan tahun ini pula adalah berjumlah AS$216.6 bilion, manakala jumlah keuntungan adalah AS$11.2 bilion, masing-masing meningkat daripada AS$149.3 bilion dan AS$6.82 bilion.

Berikut adalah Senarai 20 Syarikat Malaysia yang disenaraikan:

1.   Maybank        ( 458 daripada 706)
2.   CIMB Group  ( 465 daripada 493)
3.   TNB               ( 550 daripada 709)   
4.   Public Bank    ( 649 daripada 642)
5.   Genting Bhd   (784 daripada 1,179)
6.   Axiata Group  ( 858 daripada 904)  
7.   Sime Darby    ( 910 daripada 599)
8.   Petronas Chemicals Bhd (1,003) - BARU
9.   RHB Capital   ( 1,097 daripada 1,192)
10. IOI Group      ( 1,172 daripada 1,124)
11. Maxis             ( 1,221 daripada 1,205)
12. AMMB Holdings ( 1,274 daripada 1,292)  
13. MISC            ( 1,336 daripada 907)
14. YTL              ( 1,488 daripada 1,501)
15. PPB Group    ( 1,542 daripada 1,465)
16. Hong Leong Financial Group (1,613) - Kekal
17. PLUS Expressways ( 1,652 daripada 1,643)
18. KL Kepong Bhd (1,816) - BARU
19. Petronas Gas ( 1,897 daripada 1,765)
20. Petronas Dagangan ( 1,917 daripada 1,987)

2 syarikat baru yang memasuki senarai itu tahun ini:

1. Petronas Chemicals Bhd di tempat ke-1,003. (Nilai pasaran AS$17.3 bilion)
2. KL Kepong Bhd di tempat ke 1,816 (Nilai pasaran AS$7.3 bilion)

8 syarikat pula memperbaiki kedudukan masing-masing dalam senarai iaitu:

1. Maybank  ( 458, daripada 706)
2. CIMB Group ( 465, daripada 493)
3. TNB ( 550 daripada 709)                                                                                                           
4. Genting Bhd (784 daripada 1,179)
5. Axiata Group ( 858 daripada 904)                                                                                                    
6. RHB Capital ( 1,097 daripada 1,192)                                                                                               
7. AMMB Holdings ( 1,274 daripada 1,292)                                                                                       
8. Petronas Dagangan ( 1,917 daripada 1,987)

9 syarikat yang merosot kedudukan masing-masing dari tahun lalu ialah:   

1. Public Bank ( 649 daripada 642)
2. Sime Darby ( 910 daripada 599)
3. IOI Group ( 1,172 daripada 1,124)
4. Maxis ( 1,221 daripada 1,205)
5. MISC ( 1,336 daripada 907)
6. YTL ( 1,488 daripada 1,501)
7. PPB Group ( 1,542 daripada 1,465)
8. PLUS Expressways ( 1,652 daripada 1,643)
9. Petronas Gas ( 1,897 daripada 1,765).
Hong Leong Financial Group pula mengekalkan kedudukannya di tempat ke-1,613.

*Kalau nak lihat senarai penuh 2000 syarikat terkemuka dunia boleh layari website Forbes*

Sunday, April 17, 2011

Jom Kenali: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (secara ringkasnya, SC). 
Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1993.

SC merupakan badan berkanun biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:
  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat.
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai.
  • Meluluskan terbitan bon.
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan.
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat.
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah.
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen.
  • Menggalakkan kawal selia sendiri.
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.
Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan niaga hadapan di Malaysia.

MISI
Untuk mempromosikan dan mengekalkan sekuriti dan pasaran hadapan yang adil, cekap, selamat dan telus bagi menyediakan pasaran kewangan yang berinovatif dan berdaya saing.

Dalam mengklasifikasikan sekuriti ini, MPS menerima input dan sokongan daripada SC. Pihak SC mengumpulkan maklumat syarikat melalui pelbagai sumber seperti laporan kewangan tahunan syarikat, maklum balas kepada borang kaji selidik yang dikeluarkan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan juga melalui pertanyaan yang dibuat kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan. SC melalui MPS akan sentiasa mengawasi aktiviti semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia untuk menentukan statusnya daripada perspektif Syariah.

MPS telah menggunakan beberapa kriteria tertentu iaitu kajian ditumpukan kepada aktiviti sesebuah syarikat yang sekuritinya tersenarai di Bursa Malaysia. Oleh yang demikian, tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan, syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip Syariah akan diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah. Sebaliknya, sesebuah syarikat diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh Syariah sekiranya syarikat menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan Syariah seperti yang berikut:

(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah).
(b) Perjudian dan pertaruhan.
(c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan.
(d) Insurans konvensional.
(e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah.
(f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan.
(g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah.
(h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

MPS juga mengambil kira tahap sumbangan daripada pendapatan faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan konvensional yang lain. Selain itu, dividen yang diterima daripada pelaburan dalam sekuriti tidak patuh Syariah juga diambil kira dalam kajian yang dijalankan oleh MPS.

Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur di antara aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan Syariah, MPS mempertimbangkan dua kriteria tambahan iaitu:

(a) pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik.

(b) aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak selaras dengan Syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara ‘umum balwa (perkara terlarang yang sukar dielakkan), ‘uruf (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

Untuk penentuan percampuran sumbangan yang dibolehkan daripada aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan Syariah kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat, MPS telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu mengikut ijtihad (proses mengeluarkan pendapat daripada sumber Syariah oleh ulama’ yang layak). Sekiranya sumbangan daripada aktiviti yang tidak selaras melebihi tanda aras yang telah ditetapkan, maka sekuriti syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. Tanda aras tersebut adalah seperti yang berikut:

a. Tanda aras lima peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya (tidak selaras dengan Syariah) seperti riba (syarikat berasaskan faedah seperti bank konvensional), judi, minuman keras dan daging babi.

b. Tanda aras 10 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang melibatkan unsur “umum balwa” iaitu perkara terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar untuk dielakkan. Contoh sumbangan tersebut adalah pendapatan faedah daripada simpanan tetap dalam bank konvensional. Tanda aras ini juga digunakan bagi aktiviti yang melibatkan tembakau.

c. Tanda aras 20 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan terima sewaan daripada aktiviti tidak patuh Syariah seperti terima sewaan premis yang menjalankan aktiviti perjudian, jualan arak dan sebagainya.

d. Tanda aras 25 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang secara umumnya selaras dengan Syariah dan mempunyai maslahah kepada masyarakat awam, namun terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan status Syariah aktiviti berkenaan. Antara aktiviti yang mempunyai tanda aras ini ialah aktiviti pengoperasian hotel dan pusat eranginan, perniagaan saham, pembrokeran dan sebagainya kerana aktiviti tersebut berkemungkinan melibatkan aktiviti lain yang tidak selaras dengan Syariah.

Sekuriti patuh Syariah ini termasuk saham biasa, waran dan hak langganan boleh pindah (TSR). Ini bermakna waran dan TSR diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah dengan syarat saham pendasar kedua-duanya merupakan sekuriti patuh Syariah. Walau bagaimanapun, stok pinjaman dan bon ialah sekuriti tidak patuh Syariah melainkan terbitannya berpandukan prinsip Syariah.

*Untuk Maklumat Lanjut boleh layari website Suruhanjaya Sekuriti Malaysia*

Tuesday, March 22, 2011

Memilih Kad Kredit Adalah Idea yang Teruk???

Pada abad ke-21 dianggap era "KAD KREDIT". Betul k erk..Hurrm.Tanpa kad kredit banyak perkara terpaksa dihadkan. Namun Terdapat kesan yang membawa padah andai gagal mengawal perbelanjaan kad kredit Sehingga menjadi MUFLIS.....
Jadi di sini kita mempunyai posting yang menarik tentang 10 alasan utama kad kredit sesuatu yang teruk.

10.  Anda mendapatkan yang dipersetujui adalah 0% suku bunga kredit aplikasi kad tetap dan anda mula berfikir bahawa anda akan menerima kad suku bunga kredit 0% yang tetap, tapi entah dari mana "ajaib" mereka menghantar kad kredit yang tidak sepatutnya seperti yang diiklankan tapi mereka ingin anda miliki!

9. Syarikat kad kredit amat sayangkan anda apabila anda menghabiskan wang lebih dari yang dimiliki Kerana ini adalah titik di mana mereka mendapatkan wang. Mereka menjadi sangat bahagia dan kerana anda berhutang.

8. Keputusan kajian menunjukkan bahawa mereka yang menghabiskan lebih sedikit wang ketika mereka membeli-belah dengan menggunakan wang tunai di mana mereka yang menggunakan kad kredit akan menghabiskan lebih banyak wang!. Bangunlah wei! korang membakar wang bank Sendiri!

7. Jantung anda tidak pernah berhenti bermimpi! Kadang-kadang anda menyimpan wang tetapi anda lupa di rumah! Tapi tiba-tiba anda mendapati bahawa anda mempunyai sesuatu yang disebut "kad kredit" dan anda secara automatik membuat PEMBELIAN MELAMPAU.


6. Syarikat kad kredit mempunyai strategi bagi memuaskan anda dengan KEBENARAN yang dusta!. Kerana ketika bil pada akhir bulan tiba, begitu kurang dari anda berfikir bahawa anda overspending bukanlah masalah besar!. Pada dasar strategi mereka adalah untuk memanjangkan tempoh pinjaman sehingga suku bunga akan meningkat dan pada tahap lama anda akan berada dalam keaadaan BERHUTANG.
 

5. Nak tahu! Ada aturan tersembunyi pada kad anda, yang begitu kecil sehingga sukar untuk dibaca bahkan! Dan anda tidak suka membacanya. Tetapi apabila anda kebetulan membacanya, itu menunjukkan kepentingan syarikat adalah lebih.

4. Tidak hanya syarikat yang membuat wang dengan bunga yang anda bayar, tetapi juga mereka yang mendapatkan banyak pada kos yang digunakan.

3.
Syarikat kad kredit juga membebankan suku bunga besar pada kad, yang dua kali ganda dari tingkat suku bunga asli. Pernahkah anda berfikir! Bagaimana anda akan membayar semua itu?


2. Kad Kredit syarikat hanya menunggu anda membuat kesalahan kewangan! Kerana ia akan ke sejarah kredit anda, mereka mempunyai hak penuh untuk menaikkan tingkat bunga anda ke tahap yang diinginkan. Masa tu fikirlah macam mana nak bayar.


1. Kalian semua patut sedar tentang pentingnya laporan kredit dan ketika anda memiliki kredit yang teruk, maka akan mempengaruhi jumlah insurans yang perlu dibayar dan kos apartmen juga.

Jadi, Pilihlah langkah yang terbaik bagi mengurangkan tanggungan kredit yang melampau. Bagi mengelakkan tergolong dalam golongan yang MUFLIS akibat kad kredit... Tersenyum apabila had gaji dinaikkan kepada RM2000 bagi memiliki penggunaan kad kredit yang dibuat oleh BANK NEGARA. Bagus juga...

Sedikit Info: BANK MUAMALAT MALAYSIA tiada KAD KREDIT... (Untuk Mengelakkan Daripada Berhutang) tetapi ada akaun untuk selesaikan hutang untuk kad kredit daripada bank lain..Kalau x silap SKIM 1 HUTANG....Kalau tersilap Hope diperbetulkan.....

Friday, March 18, 2011

Bank Negara Terhadkan kad kredit


KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menguatkuasakan beberapa peraturan drastik bagi pemilikan kad kredit khususnya untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM36,000 setahun untuk mengawal perbelanjaan boros selain membendung risiko generasi muda diisytiharkan muflis.

Peraturan baru itu dijangka memberi kesan kepada lebih 480,000 pemilik kad kredit di negara ini yang berada dalam segmen pendapatan itu.

Antara syarat yang dikuatkuasakan serta-merta itu ialah kadar kelayakan gaji minimum bagi setiap permohonan baru kad kredit dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000 sebulan.

Pada masa yang sama, mereka yang mempunyai gaji RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun hanya dibenarkan memiliki kad kredit daripada dua buah bank sahaja.

Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, jika seseorang itu mempunyai kad kredit daripada banyak bank, individu itu perlu memilih dua bank sahaja dan membatalkan kad kredit yang lain menjelang akhir tahun ini.

"Kepada mereka yang terpaksa membatalkan kad masing-masing di bawah syarat ini, mereka diberi masa dua tahun untuk melangsaikan baki kredit tanpa sebarang syarat daripada bank," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, syarat umur sekurang-kurangnya 21 tahun untuk memohon kad kredit dikekalkan. Maknanya lepas ini penggunaan kad kredit dapat diterhadkan. Sekaligus mungkin dapat mengurangkan golongan yang muflis akibat penggunaan kad kredit yang melampau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...