Golf adalah sukan yang semakin diminati ramai. Ia kini bukan lagi permainan untuk golongan elit sahaja malahan golongan biasa pun boleh. Dengan set golf dan pelbagai kemudahan bermain yang semakin mudah dan banyak untuk didapati. Kalau minat klik dekat bawah ni..Macam-macam ada.....
1. Jenama Golf
* Callaway Golf *Titleist *Top Flite Golf Co * Cobra Golf *Karsten manufacturing Corp
* Srixon-line *Blue Golf *Mac Gregor Golf Company *Precept Golf Bridgestone Sport Usa
* Md Golf *Uk Golf Sevices Ltd *Warrior Custom Golf *Piranha Golf Australia *Tommy Armour Golf *Honma Golf Direct, INc *Browing Golf *RocGolf *Nike Golf *TaylorMade Golf
2. Bola Golf
*Golfballs.com *Night FLyer *LostGolfBalls * Specialty Golf Balls *Used Golf Balls *CustomizedGolfBalls.com *Sunset Golf Balls *Enjoy Life, INc *Golfbox.com
3. Pakaian Golf
*Nike Golf * Sun Montain * Golfknicker.com * Cutter & Buck *Straight Down Clothing Co.
*Grip Golf * HAcker Golf USA
Jom Klik:Tawaran Hebat
Showing posts with label PENGGUNA. Show all posts
Showing posts with label PENGGUNA. Show all posts
Monday, May 30, 2011
Monday, May 9, 2011
Yayasan Sultan Kelantan
Hari ini nak kongsi sesuatu yang menarik tentang Yayasan Sultan Kelantan. Baru-baru ini Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah berkenan berangkat melancarkan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim pada Majlis Pelancaran dan Santapan Malam Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.Majlis pelancaran dan santapan ini merupakan titik permulaan rasmi mengumpul dana bagi yayasan melaksanakan kerja-kerja berteraskan keagamaan, kebajikan dan pendidikan dengan lebih berkesan.
Yayasan Sultan Kelantan mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM5 juta hingga RM6 juta. Pada majlis tersebut, Yayasan menerima kutipan sumbangan berjumlah sebanyak RM4.28 juta daripada pelbagai pihak antaranya dari sektor korporat.
Pada majlis sama, Sultan Muhammad V turut berkenan merasmikan laman sesawang Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim ini.
Turut hadir, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra dan Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.
Hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien.
Penubuhan yayasan yang lahir dari ilham Sultan Muhammad V sekitar Jun 2010 ini menjadi salah satu penggerak utama bagi melaksanakan kerja-kerja amal sama ada di negeri Kelantan mahupun di luar Kelantan.
Di antara lainnya penubuhan Yayasan ini adalah bertujuan bagi memberi penekanan kepada aspek-aspek yang berteraskan agama, kebajikan dan pendidikan sebagaimana berikut:-
- Agama
I. Memberi bantuan kewangan atau biasiswa bagi tujuan pendidikan agama kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darulnaim menurut syarat-syarat dan kelayakan-kelayakan yang boleh ditetapkan oleh Yayasan dari semasa ke semasa.
II. Memberi bantuan kewangan kepada individu, pertubuhan atau badan bukan Kerajaan yang menjalankan gerakan dakwah atau usaha untuk meninggikan syiar Islam dengan syarat individu, pertubuhan atau badan bukan Kerajaan itu telah mendapat kebenaran Kerajaan untuk menjalankan gerakan dan usaha gerakan atau usaha itu adalah untuk kebaikan serta memberi faedah kepada Negeri Kelantan Darulnaim atau Negara.
III. Memberi bantuan bagi pembinaan, pengurusan atau pemulihan Sekolah-Sekolah Agama, Masjid-Masjid dan Madrasah-Madrasah yang diusahakan oleh mana-mana individu atau pertubuhan atau badan bukan Kerajaan.
- Kebajikan
I. Mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darulnaim dengan mengadakan skim bantuan kepada orang miskin, orang cacat serta orang-orang yang tidak bernasib baik atau ditimpa bencana alam atau musibah.
- Pendidikan
I. Memberi sumbangan derma kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dari segi bayaran yuran sekolah, buku, alat projek, pakaian seragam sekolah, kenderaan, yuran peperiksaan dan elaun tanggungan menurut syarat-syarat dan kelayakan yang boleh dikenakan oleh Yayasan dari masa ke semasa. Bantuan itu tidak terhad kepada mana-mana peringkat pengajian bergantung kepada budi bicara Yayasan.
II. Memberi bantuan kepada mana-mana institusi pengajian tinggi di Negeri Kelantan atau mana-mana institusi pengajian dalam Negara bagi menjalankan usaha penyelidikan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi, sosial, kemajuan saintifik, teknologi dan kemasyarakatan.
*Untuk Maklumat lanjut boleh layari: Yayasan Sultan Kelantan
*Bertuah sungguh rakyat kelantan mempunyai kepimpinan yang macam ini.......****
Friday, April 29, 2011
Tambang baru ETS mulai 1 Mei 2011
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan kadar baru tambang Khidmat Keretapi Elektrik (ETS) yang akan berkuatkuasa 1 Mei 2011
Presidennya, Dr. Aminuddin Adnan berkata, tiket akan dijual pada tiga harga berbeza dalam tiga pakej baru iaitu Silver (RM25),
Gold (RM35),
Platinum RM45.
"Sebenarnya ini merupakan harga tambang siling yang diselaraskan oleh kerajaan sejak perkhidmatan ETS dimulakan pada Ogos tahun lalu tetapi demi kepentingan pelanggan, harga konsesi iaitu RM30 diperkenalkan selama enam bulan sehingga 28 Februari lalu sebelum dilanjutkan sehingga 30 April 2011," katanya selepas majlis menghantar pasukan hoki New Zealand ke Ipoh menggunakan ETS di sini semalam.
Beliau berkata, selaras dengan tambang baru itu, pihaknya memperkenalkan diskaun antara 20 dan 75 peratus kepada lima golongan iaitu pesara kerajaan, warga emas, orang kelainan upaya, kakitangan KTMB dan pelajar.
"Lima golongan ini hanya perlu menunjukkan Mykad, kad pelajar atau kad persaraan untuk mendapatkan diskaun," jelasnya.
Jelas beliau, jumlah pengguna ETS pula meningkat sejak awal tahun ini apabila mencatatkan 45,800 orang pada Januari, 52,150 (Februari) dan 57,900 bulan lalu.
*Sumber Kosmo*
Friday, April 22, 2011
Sistem Tiket Bus Rapid (Baru)
Hari ini nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan penggunaan sistem tiket bus rapid yang baru. Ini supaya dapat memudahkan pengguna yang banyak menggunakan perkhidmatan ini. Sistem ini telah dilancarkan pada 27 Februari 2011 dan akan dilaksanakan mengikut beberapa peringkat. Berikut merupakan maklumat yang perlu difahami.

Berikut adalah cara untuk menggunakan sistem tiket bus rapid yang baru:

Berikut adalah cara untuk menggunakan sistem tiket bus rapid yang baru:
- 1. Bagaimana sistem tiket bas baru ini berfungsi?
- Apabila anda sentuh kad transit pada alat pengimbas semasa menaiki bas, tambang maksima mengikut laluan ditolak daripada kad anda. Apabila anda sentuh kad semasa keluar, tambang sebenar dicaj. Jumlah tambang ini dipapar pada skrin, dan baki dipulang ke dalam kad.
- 2. Apakah mekanisma pembayaran yang diterimapakai sistem tiket bas baru ini?
- Sistem ini menerimapakai semua jenis kad Touch n Go, termasuk MyKad Touch n Go.
- 3. Bagaimana cara membeli kad transit?
- Anda boleh membeli kad transit dengan tiga langkah mudah: 1. Tekan butang "Beli Kad". 2. Masukkan wang ke dalam slot mesin (RM5, RM10 dan RM50 diterima). 3. Ambil kad berpandukan arahan rakaman suara. Kad transit yang dibeli di dalam bas berfungsi seperti kad Touch n Go biasa dan diterima di semua perkhidmatan Touch n Go kecuali di tol lebuhraya. Untuk tempoh promosi, kad transit yang dibeli di atas bas adalah percuma (berbanding deposit sebanyak RM10 yang biasa di kenakan apabila anda membeli kad Touch n Go di tempat lain) . Deposit RM2 ini akan dikembalikan di hab bas terpilih, stesen LRT serta ejen peruncit Touch n Go sekiranya anda tidak ingin lagi menggunakan kad transit berkenaan.
- 4. Bagaimana cara untuk menambah nilai kad?
- Anda boleh menambah nilai kad di dalam bas dengan tiga langkah mudah: 1. Tekan butang "Tambah Nilai" 2. Masukkan wang ke dalam slot mesin (kadar tambah nilai pilihan RM1 , RM5, RM10 dan RM50); 3. Sentuh kad pada alat pengimbas selepas arahan rakaman suara. Anda juga boleh menambah nilai di mesin juruwang automatik kebanyakan bank, kedai serbaneka serta lokasi lain yang mempamerkan logo perkhidmatan tambah nilai Touch n Go. Bayaran perkhidmatan sebanyak 50 sen akan dikenakan bagi setiap perkhidmatan tambah nilai.
- 5. Sesudah membeli / menambah nilai kad di dalam bas, adakah saya masih perlu menyentuh kad pada alat pengimbas?
- Tidak perlu, tambang maksima mengikut laluan akan ditolak secara automatik sesudah transaksi pembelian / tambah nilai dilakukan. Bagaimanapun, anda perlu menyentuh kad pada alat pengimbas semasa keluar untuk memastikan tambang sebenar ditolak.
- 6. Bagaimana untuk mengetahui baki kad saya?
- Atas sebab keselamatan, baki anda hanya akan dipamer sekiranya kurang daripada RM12.
- 7. Apakah jumlah minima yang harus ada dalam kad saya?
- Nilai minima yang perlu ada dalam kad perlu sama atau lebih daripada tambang maksima mengikut laluan. Bagaimanapun, jika baki anda kurang daripada nilai maksima tambang yang perlu, anda boleh menambah nilai di dalam bas. Apabila baki kad anda kurang daripada RM12, anda akan diberi peringatan setiap kali menyentuh kad pada alat pengimbas semasa masuk ke dalam bas.
- 8. Sekiranya keluar bersama ahli keluarga / rakan-rakan yang tidak memiliki kad transit, bolehkah saya membayar tambang mereka menggunakan kad yang sama?
- Ya, anda perlu memaklumkan pemandu bas yang akan membantu anda menyelaraskan transaksi ini. Bagaimanapun, untuk kemudahan ini, kesemua transaksi dikenakan kadar tambang dewasa.
- 9. Bolehkah saya menggunakan kad RapidPass sedia ada untuk menaiki bas?
- Ya, semua pengguna RapidPass masih boleh menggunakan kad sama dengan menyentuh pada alat pengimbas sistem sedia ada. Bagaimanapun, anda dinasihatkan menambah nilai kad agar nilai simpan minima anda sama dengan, atau lebih daripada tambang maksima mengikut laluan. Ini bagi memastikan kad anda juga boleh digunapakai pada sistem tiket bas baru.
- 10. Bolehkah saya mengaktif atau menyahaktifkan fungsi "EZ" RapidPass saya di dalam bas?
- Ya. Anda perlu memaklumkan pemandu bas untuk mengaktifkan fungsi ëEZí RapidPass anda, atau sebaliknya.
- 11. Sebagai warga emas / orang kelainan upaya / pelajar sekolah rendah atau menengah, bolehkah saya terus menikmati kadar konsesi dengan sistem tiket bas baru ini?
- Untuk terus menikmati kadar konsesi, mereka yang termasuk dalam kategori ini perlu memohon kad konsesi dengan foto pengenalan. Kad akan diberi kepada pemohon yang menepati syarat semasa pendaftaran di lokasi terpilih dan sekolah-sekolah.
- Sila hubungi talian bantuan RapidKL : 03-7885 2585
- Layari laman web : RapidKL
Wednesday, April 20, 2011
Email 1 Malaysia
Sungguh x dapat difikirkan,,,,tentang email 1malaysia,,,,X cukup lagi dengan gmail, yahoo mail, msn dan macam-macam lagi jenis email, tiba-tiba datang pulak email 1malaysia.....PM cakap x guna dana awam tetapi secara sukarela( was-was ni)....Dana pulak sebanyak RM 50 Juta....Alangkah baik dana ni disalurkan kepada yang lebih berfaedah...Berikut adalah pandangan serba sedikit tentang email 1malaysia tu.....
Terdapat rakyat malaysia yang membantah dengan FB iaitu 1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email,,, Kalau nak bantah leh like....
Jauhkan diri anda dan melanggan email 1Malaysia walaupun ia diagihkan percuma. Dimana rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun e-mel rasmi yang unik. Ia tidak menjamin keselamatan dan hak keperibadian anda. Rakyat mempunyai ruang untuk memilih penggunaan email percuma seperti Yahoo, Hotmail dan Gmail. Kenapa diri anda perlu menanggung risiko yang tingga akibat penggunaan email 1Malaysia?
1) Kemungkinan email yang dihantar akan disiasat atau dicuri oleh pihak pentadbir dikawal oleh MCMC, kalau tersentuh isu sensitive. IP anda akan terbongkar. Password dan account anda diketahui secara langsung.
1) Kemungkinan email yang dihantar akan disiasat atau dicuri oleh pihak pentadbir dikawal oleh MCMC, kalau tersentuh isu sensitive. IP anda akan terbongkar. Password dan account anda diketahui secara langsung.
2) Sekirannya anda menggunakan email 1Malaysia, anda telah masuk perangkap pihak berkuasa dimana kebebasan bersuara melalui email mudah disekat. Pihak berkuasa mudah mengesan anda.
3) Email 1Malaysia berkemungkinan membawa malicious virus, spyware, di mana mudah diserang dan mengawal komputer anda sewaktu anda di internet.
4) Menyalurkan dasar kerajaan dan menghentam pembangkang...(politik menjadi keutamaan)
5) Mesej atau attachment anda akan disimpan dalam server tertentu, maka memudahkan pihak kerajaan menyiasat gerak geri anda. Sekirannya menggunakan email 1Malaysia, mesej dan attachment akan dijadikan bahan bukti.
6) Segala confidential or sensitive information tidak diberi jaminanan, mungkin akan tersebar keluar tanpa disedari oleh anda sendiri.
7) Inilah bagi peluang untuk pihak kerajaan memboroskankan wang rakyat dimana Tricubes Berhad dijadikan agent untuk menyuapkan wang cukai rakyat. Kerajaan tidak patut memboroskan wang sebanyak 50 juta ringgit, apakah baiknya wang sebanyak ini disumbang dalam menolong orang miskin?
*Sumber: Oleh Pian Ka Liao
Saturday, April 16, 2011
Jom Kenali Jenama Sneaker
Sneakers adalah kasut diperbuat dari bahan fleksibel dan satu-satunya adalah sebahagian besar daripada getah. Bahagian atas kasut diperbuat daripada kulit atau kanvas. Pada awalnya, kasut sukan digunakan untuk sukan sahaja tetapi sekarang ia banyak digunakan sebagai kasut kasual juga. Anak-anak senang memakai untuk ke sekolah kerana memberi keselesaan kepada kaki. Mari kita lihat di 10 jenama kasut yang paling popular.
10. Royal
Ketika dua orang Australia berfikir bahawa tidak ada keperluan tali di kasut, maka pada saat itu Royal elastis lahir di dunia kasut. Ia terbentuk pada tahun 1996. Ciri-ciri utama mengenai syarikat ini ialah ia difokuskan pada sistem penutupan elastik untuk mengikat kasut untuk kaki. Royal elastis berkata TIDAK terhadap tali. Anda yang benci untuk menangani tali kasut mereka, Royal elastik adalah pilihan terbaik.
9.New Balance
Ini adalah syarikat perkilangan kasut yang berpusat di Boston. nama lengkap adalah New Balance Athletic Inc tetapi dikenali sebagai New Balance. Ia pertama kali didirikan pada tahun 1906 dan pada waktu ia dikenali sebagai New Balance Arch Support Company. New Balance tiada nama kasut nya melainkan mengenalpasti kasut dengan nombor model 2,3 atau 4 digit. Anda mungkin tahu ia satu hal yang penting tentang New Balance, terutama apabila pergi membeli-belah di salah satu outlet New Balance dan ia diwakili oleh nombor model yang dimilikinya. Ini membayangkan semakin tinggi nombor model kasut, high quality bahawa kasut adalah dari segi lapisan dan kestabilan.
8. Marc Ecko
Ini didirikan oleh seorang perancang busana Marc Ecko dan pembuatan tapak kaki merupakan salah satu daripada 12 pusat utama pengeluaran yang syarikat ini beroperasi di saat ini.
7. Reebok
Ini adalah anak syarikat dari syarikat pakaian sukan Jerman Adidas dan menghasilkan kasut sukan. Joseph William foster yang mengangkat jenama Reebok, tinggal di desa 6 kilometer timur laut dari Bolton, United Kingdom. Lalu ia bergabung dengan anak-anaknya dan mereka menamakan syarikat JW Foster and Sons. Ini mempunyai pasaran yang sangat luas dan merupakan pengeluar alas kaki sangat baik.
6. DC
DC Shoes adalah sebuah syarikat Amerika yang berpusat di Vista, California dan didirikan oleh Ken Block dan Damon Way pada tahun 1993. Ia pakar dalam tapak kaki yang digunakan dalam sukan ekstrim. Hal ini juga ia menaja beberapa pengendali BMX dan pemain skateboard.
5. Vans
Di antara senarai syarikat perkilangan sneaker yang berpusat di Amerika, Vans adalah penambahan yang lain. Ia juga menghasilkan kasut, kasut skateboard dan kasut dll BMX
4. Puma
Puma AGRudolf Dassler Sport, dibentuk pada tahun 1942 dengan nama Gebruder Dassler Schuhfabrik oleh dua bersaudara Adolf dan Rudolf Dassler. Ketika hubungan diantara dua bersaudara bermasalah, terjadi dua jenama muncul iaitu Adidas dan Puma. Puma telah menaja ramai pemain dan dikenali untuk membuat kasut bola sepak.
3. Adidas
Ini adalah syarikat induk dari Kumpulan Adidas dan terdiri dari syarikat pakaian sukan Reebok. Alas kaki olahraga adalah salah satu daripada banyak produk Adidas. Yang lain adalah beg, baju, jam tangan dan kacamata. Ini adalah syarikat utama dalam penyediaan kit pasukan untuk pasukan bola sepak antarabangsa.
2. Converse
Ini adalah sebuah syarikat kasut Amerika yang berpusat beroperasi sejak awal abad ke-20.
1. Nike
Nike adalah yang terbaik daripada semua syarikat perkilangan tapak kaki. Ia mempunyai lebih dari 30.000 pekerja di seluruh dunia.
Sunday, April 10, 2011
Kolony Melanda Malaysia
Baru2 nie sumer orangg tertanya, simbol misteri apalah yang selalu muncul kat merata-rata tempat, Rupa-rupanya ini adalah projek terbaru daripada Celcom yang diberi nama Kolony – highly recommended for Social Networking. Semua maklumat boleh dibaca di laman web nie www.kolony.com.my.
Kehebatan Kolony ini bakal mengubah cara berhubung dengan rakan-rakan menerusi SMS. Sekali dijangkiti, anda akan terus ketagih dan tiada ubat untuk virus Kolony ini. Cara untuk dijangkiti?, Senang jer..
Hantar SMS “KOLONY <jarak> <nickname anda> ke 25333″
Asalkan pengguna Celcom anda boleh dijangkiti dengan virus Kolony ini. Tak kira la pengguna Xpax, U.O.X, atau S.O.X. Cuma perlu hantar SMS di atas dan kini anda boleh berhubung 4 cara baru menggunakan KOINZ. Apakah 4 cara baru itu?:-
- DING – Ding your buddies and leave them a message to cheer them up.
Send KDING <fren’s nickname> <message> to 25333
- BOMM – Have an update to share? BOMM it away to all your FRENs!
Send KBOMM <message> to 25333
- FREN – FREN for life? Make as many as you can in Kolony!
Send KFREN <fren’s nickname> to 25333
- POPP – Get to comment on what your buddies say!
Send KPOPP <fren’s nickname> <comment> to 25333
KOINZ nie percuma jer. Tak payah nak beli topup. Cuma kena gayut sampai lebam dengan menggunakan The New Xpax plan. Lagi banyak korang gayut, lagi banyaklah KOINZ yang akan korang dapat. Sila rujuk dekat atas ni @ checkout the new Xpax website.
Kalau korang jenis tak bergayut, boleh pergi ke www.kolony.com.my untuk membeli KOINZ. Tak mahallah, cuma:
RM0.30 untuk 10Koinz,
RM1.50 untuk 50Koinz,
RM3.00 untuk 100Koinz.
*Macam maner menarik x untuk turut sama2 dijangkiti......
Saturday, April 9, 2011
Cara Bezakan Telur Nyata Dan Palsu
Kecoh sekarang ini dengan telur tiruan, banyak persoalan macam mana nak kenal telur ini sehingga pengguna mencari bagaimana membezakan yang asli dan palsu, termasuk dari sumber online.
ChinaHush, sebuah laman di China menyarankan hal berikut bagi pengguna untuk mengenal pasti telur palsu.
1. Setelah retak telur palsu, putih dan kuning telur akan bercampur dengan cepat.
2. Kulit luar bersinar sedikit daripada yang nyata.
3. Kulit telur palsu lebih kasar sedikit.
4. Akan bunyi keluar sedikit ketika kocok telur palsu sebagai cecair akan mengalir daripada wakil padat.
5. Telur asli berbau seperti daging mentah.
6. Tapping telur yang sebenarnya ringan akan menghasilkan bunyi yang tajam bila dibandingkan dengan telur palsu.
7. Ketika menggoreng telur palsu, kuning telur akan menyebar tanpa disentuh.
Kulit telur palsu dilaporkan terbuat dari kalsium karbonat, lilin parafin dan serbuk gipsum.
Kuning telur palsu dan putih dikatakan diperbuat daripada natrium alginat, tawas, gelatin, kalsium klorida, asam benzoat, air dan pewarna makanan.
Pada hari Rabu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris dilaporkan berkata ada ibu yang telah membawa telur palsu ke pejabat selepas mendapati sesuatu yang aneh ketika dia cuba untuk memasak mereka.
Dia tampaknya mengatakan telur tidak berbau seperti yang nyata, yang hambar, memiliki bentuk yang tidak biasa dan lebih besar dari telur yang sebenarnya.
"Telur palsu juga mempunyai permukaan kasar daripada yang asli. Ketika retak, tidak ada tanda-tanda chalaza, struktur di dalam telur yang membuat kuning tiada di tempatnya.
"Telur palsu putih dan kuning cepat dicampur bersama, tidak seperti yang telur nyata," kata Idris.
Dia menambah bahawa setelah mendidih dan memotong telur terbuka, kuning telur kelihatan lebih kuning daripada telur biasa. Telur-telur palsu itu tampaknya sedang dijual pada harga RM11 sedulang.
Pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna pada hari Khamis lepas telah merampas 270 telur dari gerai di pasar basah Pulau Tikus setelah laporan media tentang telur palsu. Jabatan Kesihatan Pulau Pinang telah menghantar sampel telur untuk ujian makmal di Kuala Lumpur dan hasilnya diharapkan akan diketahui dalam masa seminggu.
ChinaHush, sebuah laman di China menyarankan hal berikut bagi pengguna untuk mengenal pasti telur palsu.
1. Setelah retak telur palsu, putih dan kuning telur akan bercampur dengan cepat.
2. Kulit luar bersinar sedikit daripada yang nyata.
3. Kulit telur palsu lebih kasar sedikit.
4. Akan bunyi keluar sedikit ketika kocok telur palsu sebagai cecair akan mengalir daripada wakil padat.
5. Telur asli berbau seperti daging mentah.
6. Tapping telur yang sebenarnya ringan akan menghasilkan bunyi yang tajam bila dibandingkan dengan telur palsu.
7. Ketika menggoreng telur palsu, kuning telur akan menyebar tanpa disentuh.
Kulit telur palsu dilaporkan terbuat dari kalsium karbonat, lilin parafin dan serbuk gipsum.
Kuning telur palsu dan putih dikatakan diperbuat daripada natrium alginat, tawas, gelatin, kalsium klorida, asam benzoat, air dan pewarna makanan.
Pada hari Rabu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris dilaporkan berkata ada ibu yang telah membawa telur palsu ke pejabat selepas mendapati sesuatu yang aneh ketika dia cuba untuk memasak mereka.
Dia tampaknya mengatakan telur tidak berbau seperti yang nyata, yang hambar, memiliki bentuk yang tidak biasa dan lebih besar dari telur yang sebenarnya.
"Telur palsu juga mempunyai permukaan kasar daripada yang asli. Ketika retak, tidak ada tanda-tanda chalaza, struktur di dalam telur yang membuat kuning tiada di tempatnya.
"Telur palsu putih dan kuning cepat dicampur bersama, tidak seperti yang telur nyata," kata Idris.
Dia menambah bahawa setelah mendidih dan memotong telur terbuka, kuning telur kelihatan lebih kuning daripada telur biasa. Telur-telur palsu itu tampaknya sedang dijual pada harga RM11 sedulang.
Pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna pada hari Khamis lepas telah merampas 270 telur dari gerai di pasar basah Pulau Tikus setelah laporan media tentang telur palsu. Jabatan Kesihatan Pulau Pinang telah menghantar sampel telur untuk ujian makmal di Kuala Lumpur dan hasilnya diharapkan akan diketahui dalam masa seminggu.
Wednesday, April 6, 2011
Salamfone tawar khidmat telefon syariah
Baru-baru aku terlihat suatu iklan yang amat menarik berkenaan sebuah perkhidmatan telekomunikasi mudah alih prabayar yang berlandaskan SYARIAH telah diperkenalkan iaitu Salamfone Sdn. Bhd.
Sudah bersedia untuk mengubah cara berkomunikasi?.
Ia anak syarikat Reach Telecom, iaitu sebuah syarikat teknologi berpusat di Kuwait yang menyediakan penyelesaian mudah alih, akan mengubah cara anda berkomunikasi dengan rangkaian produk dan perkhidmatan yang berpandukan prinsip-prinsip Shariah dan lima rukun Islam.
Syarikat ini berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan mudah alih mengikut piawaian industri yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kami juga memberi jaminan ketelusan dan integriti dalam semua urusan yang dijalankan.
Falsafah dan Nilai Utama
> Mudah
> Telus
> Tiada Klausa Terselindung
> Tiada Komplikasi
> Diselia mengikut prinsip syariah
Syarikat ini berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan mudah alih mengikut piawaian industri yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kami juga memberi jaminan ketelusan dan integriti dalam semua urusan yang dijalankan.
Falsafah dan Nilai Utama
> Mudah
> Telus
> Tiada Klausa Terselindung
> Tiada Komplikasi
> Diselia mengikut prinsip syariah
Produk Utama:
> Sim Pack
> Voucher Reload
> e-Reload
Perkhidmatan Utama:
> Infaq - Berbual sambil berinfaq (kepada komuniti)
> Talian Hidayah - Tele-Ustaz, Tele-Fatwa, Tele-Halal
> Mesej Percuma Hari Jumaat
> Hari Kebesaran Islam - Peringatan, 'Amalan terbaik, Diskaun
> Umrah dan Haji - Cabutan bertuah setiap bulan
Perkhidmatan Sampingan:
> Famili & Rakan Salam - pakej diskaun sehingga 10 orang famili & rakan
> Reload Transfer- Airtime Credit Transfer
Perkhidmatan Nilai Tambah:
> Aplikasi Islamik - Waktu Solat; Kalender Islam; Arah Kiblat; Doa-Doa Muktabar dll.
> USSD Chat - mudah & murah (sgt sesuai golongan muda)
> Khidmat Internet - pilihan pelan yang bersesuaian
> Jalur Lebar Prabayar (Prepaid Broadband).
> Sim Pack
> Voucher Reload
> e-Reload
Perkhidmatan Utama:
> Infaq - Berbual sambil berinfaq (kepada komuniti)
> Talian Hidayah - Tele-Ustaz, Tele-Fatwa, Tele-Halal
> Mesej Percuma Hari Jumaat
> Hari Kebesaran Islam - Peringatan, 'Amalan terbaik, Diskaun
> Umrah dan Haji - Cabutan bertuah setiap bulan
Perkhidmatan Sampingan:
> Famili & Rakan Salam - pakej diskaun sehingga 10 orang famili & rakan
> Reload Transfer- Airtime Credit Transfer
Perkhidmatan Nilai Tambah:
> Aplikasi Islamik - Waktu Solat; Kalender Islam; Arah Kiblat; Doa-Doa Muktabar dll.
> USSD Chat - mudah & murah (sgt sesuai golongan muda)
> Khidmat Internet - pilihan pelan yang bersesuaian
> Jalur Lebar Prabayar (Prepaid Broadband).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Salamfone, Kamshul Kasim, perkhidmatan itu dijangka menerima sambutan menggalakkan apabila rangkaian perkhidmatan diperluaskan ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.Salamfone yang diwujudkan pada bulan Jun tahun lalu merupakan pengendali perkhidmatan rangkaian operator mudah alih maya (MVNO) yang menggunakan rangkaian Maxis Bhd. yang pertama di dunia menyediakan produk dan perkhidmatan yang mengetengahkan kandungan Islam.
Menurut Kamshul, perkhidmatan tersebut dijangka dilanggan oleh mereka yang lebih berminat terhadap produk dan perkhidmatan berasaskan nilai-nilai Islam dalam gaya hidup masing-masing pada masa ini.
"Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ialah program Infaq yang mana syarikat akan mendermakan satu sen setiap kali pelanggannya menelefon pelanggan Salamfone lain dan talian khusus yang menyediakan jawapan dalam sebarang persoalan berkaitan Islam.
"Selain itu, ia turut menyediakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) inspirasi agama yang disediakan secara percuma di samping nada dering lagu-lagu nasyid," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
*Kalau nak tau lagi boleh layari Facebook: Salamfone
Telur Ayam Tiruan
Kepada Semua pengguna, hati-hati yer dengan telur ayam tiruan. Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.Menurut Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.
“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.
Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.
Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.
Oleh itu Pengguna perlu hati-hati yer dengan pendedahan. Semoga maklumat yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Makluman gambar: pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar.
* Terfikir juga,macam mana nak kenal pasti erkk????...hurrrrrrrrrmmmmmm.....
Subscribe to:
Posts (Atom)

















