Pages

Jom Klik:Tawaran Hebat

Wednesday, April 6, 2011

Telur Ayam Tiruan

Kepada Semua pengguna, hati-hati yer dengan telur ayam tiruan. Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.

Menurut Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.
“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.
Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.
Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar    metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.

Oleh itu Pengguna perlu hati-hati yer dengan pendedahan. Semoga maklumat yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Makluman gambar: pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar.

* Terfikir juga,macam mana nak kenal pasti erkk????...hurrrrrrrrrmmmmmm.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...