Pages

Jom Klik:Tawaran Hebat

Saturday, May 28, 2011

20 Tahun Linux

Pernah dengar tak tentang linux....hari ini nak kongsikan serba sedikit tentang linux...Jom kita jajah:
Hari ini, kernel itu dikenali sebagai Linux dan satu projek yang dianggap hobi dan suka-suka akhirnya menjadi satu produk yang digunakan oleh berjuta-juta mesin dari fon seperti Android sehinggalah mesin raksasa yang dikuasakan oleh berpuluh ribu CPU. Termasuk jugalah server yang sedang digunakan oleh Jomlinux.

Setiap hari juga kita mengakses kernel ini secara sedar atau pun tidak (melainkan anda peminat fanatik Windows dan Mac OS, silalah abaikan ayat ini) — apabila anda mengakses Jomlinux, anda menggunakan Linux. Apabila mengakses Google, anda mengakses Linux begitu juga dengan Faebook, Twitter dan Yahoo!.

Oleh itu, sempena kejayaan Linux dan sempena ulang tahun kelahiran Linux yang ke-20. Linux Foundation mengumumkan beberapa program yang bakal dilangsungkan. Ada juga pertandingan mencipta video 20 tahun kelahiran Linux.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...