Pages

Jom Klik:Tawaran Hebat

Monday, December 12, 2011

Stylo Parking

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu yang menunjukkan kecekapannya meletak kereta di ruang sempit menjadi sensasi di laman perkongsian video YouTube, lapor akhbar MailOnline.

Lelaki tidak dikenali itu meletak kereta sedan miliknya di ruang sempit yang cuma muat untuk sebuah kereta bersaiz kompak.

Malah, dia berjaya keluar dari ruang parkir sama tanpa mencalarkan bampar kenderaan di hadapan dan belakangnya.

Dia mengambil masa sekitar lima minit untuk meletakkan keretanya di ruang parking berkenaan di sini baru-baru ini. - Agensi 

Hebat betul..tapi macam manerlah nak parking macam ni.... hurrrrrrrrmmmm

Saturday, December 10, 2011

Jambatan Terpanjang Di Dunia 2011

Pada ketika ini, jambatan Teluk Jiaozhou adalah jambatan terpanjang di dunia dengan panjangnya adalah 42 km dan selebar 35 meter dan menelan belanja melebihi $1.5 usd (Rm 4.5 b). Ia menghubungkan Qingdao dan Huangdao. Ia dibina dengan menggunakan 10 000 pekerja dan mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan (2007-2011). Apalagi jom kita tengok panjangnya.....

*Apalah agaknya perasaan melalui jambatan terpanjang di dunia,,,seram (takut jatuh ke dalam laut)  @ teruja..hohoho....

Negara yang Mempunyai Kelajuan Internet Yang Tinggi



*Alangkah indahnya jika Malaysia mempunyai kelajuan internet begini dan mempunyai kadar internet yang murah,,,,,Mimpi @ hanya fantasy....hurrrrrmmmm

Monday, June 20, 2011

Nama Tempat terpendek


Tahu tak nama tempat terpendek di dunia ini terletak di Sweden & Norway. Dalam bahasa Scandinavia, "Å" bermaksud sungai. 

Sunday, June 12, 2011

Kemarahan Burung T-Mobile

Untuk pertama kalinya kite melihat bagaimana orang menggunakan smartphone untuk bermain permainan angry bird secara realiti...siap lengkap dengan penembak burung dan juga letupan....Apalagi jom kita lihat....Selamat berhibur.....

Baby guitar

Pernah x kite lihat baby main gitar...Kali ini jom kite lihat baby ni main gitar....Sekali lihat boleh ganti justin Bieber ni.....

Magik ipad

Dalam membicarakan soal teknologi pasti kite akan ternanti-nanti sesuatu yang luar biasa dalam teknologi..Oleh itu hari Mari kite lihat macam maner Simon Pierro buat magik dengan hanya menggunakan ipad.........Apalagi jom kita lihat........Selamat berhibur....

*Hurmmm macam manerlah dier buatkan....

Friday, June 10, 2011

Jom bersiap

Hari ini nak kongsikan serba sedikit tentang cara anwar hadi berpesan....Walaupun ringkas tapi caranya boleh meninggalkan kesan.....Sebelum ini pun pernah juga postkan berkenaan anwar hadi boleh tengok dekat sini... Kalau nak FB dekat sini,,,kalau nak you tube pulak dekat sini...Apa lagi jom kita lihat....

Wednesday, June 1, 2011

75 Tahun Seperti Superstar

Salah satu video yang paling banyak dilihat di Belanda, ia juga sangat popular di Belgium. Nak tau tak ia dilakukan oleh seorang lelaki yang berumur 75 tahun, Eric Lambert merupakan bekas pemain bola sepak telah Berjaya menendang bola sepak ke palang gol sebanyak 5x dalam hanya 18 saat….Ia sesuatu yang mustahil untuk dilakukan oleh superstar…Hurmmm agak-agak Messi dan Ronaldo mampu x errkkkkk….Jom kita lihat aksi dier…

Lepasan Pondok Jadi Pensyarah Oxford

Hari ini nak kongsi tentang sesuatu yang menarik yang dijumpai di you tube,,,Jom kita lihat:

Monday, May 30, 2011

Set-Piece Sepakan Percuma

Pernah x kita lihat Salah satu sepakan percuma yang agak kelakar..Ia telah diguna pakai Oleh Bryant High School VS Conway High School di Arkansas. Ia menjadi salah satu klip video sukan yang popular di you tube . Video ini ditonjolkan pada Yahoo!Blog Prep Rally sukan pada Isnin dan telah dilihat 700,000 penonton dalam masa dua hari, ia menjadi klip-klip yang paling kerap dilihat dalam bandar-bandar berdekatan seperti Memphis.. Apa lagi Jom kita lihat....

*Sekali lihat macam American Football rupa-rupanya bola sepak....

Lompatan 4WD Terjauh Di Dunia

Team Hot Wheels Yellow Driver, Tanner Foust telah mematahkan rekod dunia untuk jarak lompatan kenderaan beroda 4WD di Indianapolis 500 pada 29hb Mei 2011. Dengan melambung setinggi 332 kaki melalui udara... Jom kita lihat..


*kalau nak tengok macam-macam lagi Klik Facebook Hot Wheels

Triple Backflip pertama dunia

Di New Zealand BMXer Jed Mildon 24, telah mencipta sejarah sukan aksi hari ini dengan mendarat Triple Backflip pertama dunia di Unit T3 Mindtricks BMX Jam di Taupo, New Zealand. Ia diiktiraf dalam Guinness Book Of World Records.

Unit T3 Mindtricks BMX Jam di Taupo telah diadakan di satu taman rekreasi awam, dengan Mildon mengukir 20m (66ft) tanjakan hebat tinggi ke dalam satu lereng bukit yang mengalir melalui 3.6m (11ft) dengan pendaratan Mega-Megabox dibina khas Jed.

Pengasas unit Paul Everest mengucapkan tahniah Mildon pada hasil yang mengagumkannya.

"Jed telah terbukti dirinya menjadi satu daripada penunggang-penunggang BMX terbaik dunia dan kami hormat dia untuk mempunyai kedua-duanya pemanduan dan keupayaan mengubah muka sukan aksi.

Jom kita lihat aksi yang dilakukan oleh jed Mildon dengan mencipta Guinness Book Of World Records dengan mendarat Triple Backflip pertama dunia....

Golf Setiap Masa

Golf adalah sukan yang semakin diminati ramai. Ia kini bukan lagi permainan untuk golongan elit sahaja malahan golongan biasa pun boleh. Dengan set golf dan pelbagai kemudahan bermain yang semakin mudah dan banyak untuk didapati. Kalau minat klik dekat bawah ni..Macam-macam ada.....

1. Jenama Golf

* Callaway Golf    *Titleist    *Top Flite Golf Co    * Cobra Golf   *Karsten manufacturing Corp
* Srixon-line      *Blue Golf    *Mac Gregor Golf Company   *Precept Golf Bridgestone Sport Usa
* Md Golf   *Uk Golf Sevices Ltd  *Warrior Custom Golf    *Piranha Golf Australia  *Tommy Armour Golf  *Honma Golf Direct, INc  *Browing Golf  *RocGolf   *Nike Golf   *TaylorMade Golf

2. Bola Golf


*Golfballs.com  *Night FLyer  *LostGolfBalls  * Specialty Golf Balls  *Used Golf Balls  *CustomizedGolfBalls.com  *Sunset Golf Balls  *Enjoy Life, INc   *Golfbox.com

3. Pakaian Golf

*Nike Golf  * Sun Montain  * Golfknicker.com  * Cutter & Buck  *Straight Down Clothing Co.
*Grip Golf  * HAcker Golf USA

Saturday, May 28, 2011

Lipas Melompat

 CAPE TOWN - Sekumpulan saintis Afrika Selatan menemui spesies baru lipas yang boleh melompat seperti belalang, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Serangga itu yang tidak diketahui kewujudannya sebelum ini ditemui melompat di dalam semak di Taman Negara Table Mountain dekat sini.

Ia tersenarai dalam 10 spesies utama dan terbaru yang ditemui pada tahun ini.

"Lipas ini memiliki kaki belakang panjang dan sofistikated untuk membolehkannya melompat tinggi ke udara," kata seorang saintis yang membuat penemuan tersebut, Mike Picker.

Dia dan rakannya, Jonathan Colville menemui lipas ganjil sepanjang 1.27 sentimeter itu pada 2006 dan mengkaji serangga tersebut di makmal mereka di sini. - Agensi

20 Tahun Linux

Pernah dengar tak tentang linux....hari ini nak kongsikan serba sedikit tentang linux...Jom kita jajah:
Hari ini, kernel itu dikenali sebagai Linux dan satu projek yang dianggap hobi dan suka-suka akhirnya menjadi satu produk yang digunakan oleh berjuta-juta mesin dari fon seperti Android sehinggalah mesin raksasa yang dikuasakan oleh berpuluh ribu CPU. Termasuk jugalah server yang sedang digunakan oleh Jomlinux.

Setiap hari juga kita mengakses kernel ini secara sedar atau pun tidak (melainkan anda peminat fanatik Windows dan Mac OS, silalah abaikan ayat ini) — apabila anda mengakses Jomlinux, anda menggunakan Linux. Apabila mengakses Google, anda mengakses Linux begitu juga dengan Faebook, Twitter dan Yahoo!.

Oleh itu, sempena kejayaan Linux dan sempena ulang tahun kelahiran Linux yang ke-20. Linux Foundation mengumumkan beberapa program yang bakal dilangsungkan. Ada juga pertandingan mencipta video 20 tahun kelahiran Linux.

Tuesday, May 24, 2011

Penyokong Kelantan Berselawat

Baru-baru nie terjumpa sesuatu yang wajar dikongsi...Bukan sebagai suatu pujian atau kritikan tetapi sekadar penghargaan yang PERLU dikongsi oleh semua...Dunia-dunia juga, Akhirat Jangan Lupa..Hope-hope Ikhlas lah yer... Jom kita jajah apalah yang menarik sangat tu....

Sunday, May 22, 2011

Sham Kamikaze Kini Berubah Ke Arah Kebaikan

Alhamdulillah..melihat video Sham Kamikaze bercerita mengenai hidayah yang diperolehinya untuk berubah ke arah kebaikan. Tahniah di ucapkan. Semoga Sham Kamikaze terus berjuang di jalan ini dan sentiasa mendapat rahmat dariNya.  Kepada artis-artis yang lain berubah ler ke arah yang lebih baik yer...Amin......



*Kalau nak like Facebook tekan sini: Sham Kamikaze

Thursday, May 19, 2011

27 Kali Ganda

Hari ini nak kongsikan serba sedikit tentang solat.....Betapa pentingnya solat jemaah...Jom kita lihat macam mana cara anwar hadi memberi mesej.....Kalau nak tengok video You Tube yang lain boleh tengok dekat sini Anwar Hadi... Kalau nak Fb tekan sini : Anwar Hadi



"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 darjat" (H.R.Bukhari dan Muslim)....Amacam lepas ni sama-sama lah kita rebut pahala berjemaah.......

Wednesday, May 18, 2011

Piala Oh Piala

Hari ini nak kongsikan sedikit tentang sesuatu yang tidak patut berlaku semasa sambutan meraikan kemenangan pasukan....Pelik jugak musim ini..Nak menang punyer lah susah...tiba2 leh jadi macam tu pulak...Apa lagi Jom Kita Lihat:

1. Real Madrid (Copa Del Ray) Real Madrid 1- 0 Barcelona.


2. Ajax Amsterdam ( Menang Liga Belanda)

Tuesday, May 17, 2011

Kesilapan Penjaga Gawang terburuk

Hari ini nak kongsikan kesilapan-kesilapan penjaga gol yang tidak patut dibuat...Apa lagi jom kita jajah....jangan gelak2 ok...Layan sudah...hihihihihi

Pengeluar Produk Bayi Utama di Dunia

Produk bayi  adalah merupakan  salah satu  produk  yang  paling banyak  di beli di dunia. produk Bayi dalah istilah yang lebih luas yang akan meliputi segala sesuatu yangmungkin bayi akan  digunakan. Ada  syarikat  fokus kepada  produk-produk penjagaan bayi. Kita Pasti akan memilih produk yang terbaik untuk diberikan kepada anak-anak...Apa lagi jom kita jajah siapa pengeluar produk bayi yang utama di dunia....

1. Procter & Gamble

Procter & Gamble adalah syarikat multinasional yang beribu pejabat di ohio. Ia banyak menghasilkan pelbagai barangan pelanggan. Ia menduduki tempat ke-5 di syarikat paling dikagumi pada senarai fortune. P&G dikreditkan dengan inovasi perniagaan, termasuk pengurusan jenama dan operasi sabun. P&G adalah pengeluar terkemuka produk bayi dan ia dapat dilihat hampir di seluruh dunia.

2. Johnson & Johnson
 
Johnson & Johnson adalah merupakan syarikat global Amerika dengan farmasi, alat kesihatan dan pengilangan bungkusan barangan yang ditubuhkan pada tahun 1886. Johnson & Johnson  merupakan salah satu pengeluar produk bayi yang terkemuka di dunai. J&J merupakan produk yang sangat popular di Asia Tenggara dan India.


3. Kimberly-Clark Corporation

Kimberly-Clark Corporation adalah merupakan sebuah syarikat Amerika yang menghasilkan sebahagian besar produk pengguna berasaskan kertas. Ini adalah satu lagi syarikat perkilangan besar yang menghasilkan produk bayi. Produk ace Kimberly-Clark di segmen ini adalah Huggies. Huggies mungkin pelopor dalam dippers bayi yang merupakan jenama bayi terkemuka di dunia.

4. Nestlé Carnation Infant Nutrition

Nestle adalah salah satu syarikat makanan nutrisi yang terbesar di dunia dan mendirikan beribu pejabat di Switzerlanf. Syarikat ini tumbuh secara signifikan semasa Perang Dunia Pertama dan selepas perang dunia kedua. Akhirnya memperluaskan pasaran yang luas dengan produk susu formula. Pada masa ini, syarikat ini beroperasi di 86 negara di seluruh dunia. Produk makanan bayi Nestle mungkin yang terbaik di pasaran dan mempunyai pasaran yang tinggi di sektor makanan bayi.


5. Mead Johnson Nutritionals

Mead Johnson & Company adalah syarikat yang majoriti dimiliki oleh Bristol-Myers Squibb selepas pengambil alihan pada tahun 1967 tetapi pada tahun 2009 adalah merupakan syarikat yang bebas. Mead Johnson adalah pengeluar utama susu formula, baik secara domestik atau pun secara global dengan produk Enfamil. Syarikat ini hadir di pasaran negara-negara yang membangun seperti China, Thailand, Malaysia, Indonesia & Vietnam dan mula mengembangkan kehadiran di India.


Thursday, May 12, 2011

Negara Penghasil Kopi

Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia. 

Kopi adalah pertama diminum dalam abad kesembilan, apabila ia telah ditemui di tanah tinggi Etiopia. Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yemen, dan pada abad ke-15, telah sampai Armenia, Farsi, Turki, dan di utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi ke Itali, dan seluruh Eropah, dan ke Amerika.

Posting kali ini adalah tentang negara-negara yang merupakan pengeluar terbesar kopi. Kopi adalah jenis yang popular dan sangat disukai di seluruh dunia dan lebih dari 2,23 bilion cawan kopi dalam kehidupan seharian di antara individu. 90% dari pengeluaran kopi yang berlaku di negara-negara maju tetapi pengambilan ini adalah seluruh dunia. 65% dari pengambilan kopi mengambil minuman mereka sangat panas di pagi hari untuk membangunkan pemikiran mereka kerana kopi merupakan faktor aktif besar bagi saraf untuk mendapatkan rangsangan.

Berikut di bawah ini diukur dalam berjuta-juta tan metrik adalah negara pengeluar kopi terbesar:

10). Peru
Industri kopi dari Peru merupakan salah satu sektor pertanian yang terbesar dan yang paling penting dengan 12% daripada eksport pertanian pada tahun 2004. Peru juga mencatat salah satu pengeluar terbesar biji kopi kualitatif di dunia.
 
09). Honduras 
Honduras juga  merupakan pengeluar kopi yang paling unggul. Untuk pengilang di Honduras, kopi bukan hanya perniagaan mereka, ia juga adalah cara hidup mereka. Kualitinya baik dan aromanya kopi dihasilkan di negeri ini.
 
08). Guatemala
 Peratusan tanaman kopi berkualiti tinggi di negara ini yang sangat sulit di antara para pembeli di seluruh dunia. Setengah dari peratusan kopi yang dihasilkan dieksport kepada ekonomi Amerika Syarikat.
 
07). Yaman
Yaman adalah tempat kelahiran kopi. Biji kopi liar Arab tumbuh liar di hutan wilayah Kaffa di Yaman. Kopi dihasilkan di beberapa daerah Yaman untuk proses pengeringan, dan beberapa daerah untuk dicuci dan  beberapa daerah untuk diproses dihasilkan.

06). India
India menghasilkan 4% dari jumlah keseluruhan pengeluaran kopi dunia yang akan dijual di negara-negara Selatan India. Sebahagian besar mencatat India dirujuk kepada syarikat-syarikat Malabar Monsoon. Sebahagian besar kopi yang ditanamkan di India daripada negara-negara lain.
 
05). Mexico 
Terutama, selatan negara Mexico menghasilkan jumlah kopi. Khususnya, kopi Arabika tumbuh baik di daerah pantai Mexico berhampiran sempadan Guatemala. Hal ini juga tanaman Mexico yang paling berharga untuk eksport.
 
04). Indonesia 
Wilayah Indonesia memiliki geografi yang ideal bagi pertumbuhan tanaman kopi. Lebih daripada 90% daripada penanaman kopi dilakukan oleh peladang kecil di ladang yang rata-rata daerah mempunyai satu hektar atau kurang. Ada lebih dari 20 kelainan kopi Arabika yang ditanam secara komersial di Indonesia.
 
03). Colombia 
Kopi dari Colombia dibezakan dari semua kopi lain dalam hal kualitti tinggi dan rasa lazat. kopi Colombia yang baik dijual sebagai Agung atau Excelso, nama direka dan berasal dari saiz biji kopi.
 
02). Vietnam
Pengeluaran Kopi merupakan sumber pendapatan utama bagi masyarakat Vietnam. Industri kopi negara ini dibangunkan hanya dari sistem ladang utama tetapi kini telah menjadi sumber ekonomi utama negara. Kopi dari negara ini mempunyai jenis tertentu dalam hal ciri-ciri khususnya yang membezakannya dari kopi lain dan kaedah penapaian kopi. 0.85 juta tan metrik kopi dirakam untuk dihasilkan di Vietnam pada tahun 2006. 

01). Brazil 
Kopi Brazil sangat signifikan dalam khusus industri kopi. Brazil menghasilkan sejumlah besar kopi baik pada kecil dan pada skala industri. Bourbon, Typica, Caturra dan Mundo Novo adalah kelainan kopi yang dihasilkan di negara bahagian Parana, Espírito Santos, Sao Paulo, Minas Gerais dan Bahia di Brazil. Selain itu, biji kopi dari Brazil tidak hanya digunakan untuk campuran kopi, tapi mereka juga dipanggang sehingga pelbagai ciri-ciri mereka yang kepada boleh dihasilkan untuk pelbagai tujuan. 2,59 juta metrik tan kopi dihasilkan di Brazil yang tercatat pada tahun 2006.

Wednesday, May 11, 2011

Permata Di Langit

Kejadian ini terjadi pada tarikh 25 November 2006 dan telah dirancang oleh kumpulan yang disebut CF World Record 2005. Seramai 81 skydivers telah membuat formasi 'pembentukan kanopi' dan terjun turun dari ketinggian 24.000 kaki, turun pada 1,000 kaki yang luar biasa...Kalau tengok mesti terfikir macam maner lah nak konsisten macam ni...Jom Kita lihat...
*Foto ini telah diambil oleh Gustavo Cabana.* 

Tuesday, May 10, 2011

Maybank & RHB Umum Kenaikan Kadar Faedah

Baru ini rakyat malaysia telah diumumkan dengan kenaikan OPR Bank Negara. Kalau nak tahu rujuk disini. Oleh itu kumpulan perbankan tempatan pasti akan mengumumkan kenaikan kadar faedah masing-masing susulan langkah Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 3.0 peratus daripada 2.75 peratus minggu lalu. Jadi kumpulan perbankan juga telah mengumunkan kenaikan kadar faedah. Jom kita lihat:

Malayan Banking Bhd (Maybank

Maybank dalam kenyataannya semalam berkata, ia menaikkan kadar faedah deposit serta pinjamannya sebanyak 0.3 peratus.

Ia berkata, Kadar Pinjaman Asas (BLR) bagi pinjaman konvensional bank itu dinaikkan daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun.

Kumpulan perbankan terbesar tempatan itu juga berkata, untuk Kadar Pembiayaan Asas (BFR) bagi Maybank Islamic Bhd juga dinaikkan kepada 6.60 peratus daripada 6.30 peratus.

RHB Banking Group


RHB Banking Group pula mengumumkan kenaikan BLR RHB Bank Bhd dan BFR RHB Islamic Bank masing-masing daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun.

Ia juga mengumumkan kadar faedah tempoh deposit tetap barunya, iaitu 3.05 peratus (satu hingga dua bulan), 3.10 peratus (tiga hingga lima bulan), 3.20 peratus (6 hingga 11 bulan) dan 3.30 peratus (12 bulan).

Pegawai Prinsipal RHB Bank Bhd, Renzo Viegas berkata, semakan itu adalah sejajar dengan langkah Bank Negara menaikkan OPR.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz ketika mengulas mengenai keputusan bank pusat itu menaikkan OPR itu minggu lalu berkata, ia adalah langkah wajar selepas mengambil kira kedudukan ekonomi semasa.

Beliau turut menegaskan bahawa langkah itu tidak mengehadkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerana pada kadar semasa, ia masih mampu menyokong kerancakan ekonomi.

Sementara itu penganalisis berkata, susulan pengumuman menaikkan kadar faedah oleh Maybank serta RHB itu, kumpulan perbankan lain juga dijangka membuat pengumuman yang sama dalam tempoh terdekat ini.

*Oleh itu setelah kenaikan faedah, kita akan dapat lihat kenaikan inflasi yang mendadak...Sekaligus memberi kesan yang sangat negatif kepada rakyat*...

Monday, May 9, 2011

Yayasan Sultan Kelantan

Hari ini nak kongsi sesuatu yang menarik tentang Yayasan Sultan Kelantan. Baru-baru ini Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah berkenan berangkat melancarkan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim pada Majlis Pelancaran dan Santapan Malam Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran dan santapan ini merupakan titik permulaan rasmi mengumpul dana bagi yayasan melaksanakan kerja-kerja berteraskan keagamaan, kebajikan dan pendidikan dengan lebih berkesan.

Yayasan Sultan Kelantan mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM5 juta hingga RM6 juta. Pada majlis tersebut, Yayasan menerima kutipan sumbangan berjumlah sebanyak RM4.28 juta daripada pelbagai pihak antaranya dari sektor korporat.
Pada majlis sama, Sultan Muhammad V turut berkenan merasmikan laman sesawang Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim ini.

Turut hadir, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra dan Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.

Hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien.

Penubuhan yayasan yang lahir dari ilham Sultan Muhammad V sekitar Jun 2010 ini menjadi salah satu penggerak utama bagi melaksanakan kerja-kerja amal sama ada di negeri Kelantan mahupun di luar Kelantan.

Di antara lainnya penubuhan Yayasan ini adalah bertujuan bagi memberi penekanan kepada aspek-aspek yang berteraskan agama, kebajikan dan pendidikan sebagaimana berikut:-
  • Agama
I. Memberi bantuan kewangan atau biasiswa bagi tujuan pendidikan agama kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darulnaim menurut syarat-syarat dan kelayakan-kelayakan yang boleh ditetapkan oleh Yayasan dari semasa ke semasa.

II. Memberi bantuan kewangan kepada individu, pertubuhan atau badan bukan Kerajaan yang menjalankan gerakan dakwah atau usaha untuk meninggikan syiar Islam dengan syarat individu, pertubuhan atau badan bukan Kerajaan itu telah mendapat kebenaran Kerajaan untuk menjalankan gerakan dan usaha gerakan atau usaha itu adalah untuk kebaikan serta memberi faedah kepada Negeri Kelantan Darulnaim atau Negara.

III. Memberi bantuan bagi pembinaan, pengurusan atau pemulihan Sekolah-Sekolah Agama, Masjid-Masjid dan Madrasah-Madrasah yang diusahakan oleh mana-mana individu atau pertubuhan atau badan bukan Kerajaan.
  • Kebajikan
I. Mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darulnaim dengan mengadakan skim bantuan kepada orang miskin, orang cacat serta orang-orang yang tidak bernasib baik atau ditimpa bencana alam atau musibah.
  • Pendidikan
I. Memberi sumbangan derma kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dari segi bayaran yuran sekolah, buku, alat projek, pakaian seragam sekolah, kenderaan, yuran peperiksaan dan elaun tanggungan menurut syarat-syarat dan kelayakan yang boleh dikenakan oleh Yayasan dari masa ke semasa. Bantuan itu tidak terhad kepada mana-mana peringkat pengajian bergantung kepada budi bicara Yayasan.

II. Memberi bantuan kepada mana-mana institusi pengajian tinggi di Negeri Kelantan atau mana-mana institusi pengajian dalam Negara bagi menjalankan usaha penyelidikan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi, sosial, kemajuan saintifik, teknologi dan kemasyarakatan.

*Untuk Maklumat lanjut boleh layari: Yayasan Sultan Kelantan
*Bertuah sungguh rakyat kelantan mempunyai kepimpinan yang macam ini.......****

Hotel kapal Terbang (Costa Rica)

Kadang manusia ni terlalu kreatif..sehingga kapal terbang pun jadi hotel..agak-agak berapalah kos semalam...Jom kita jajah::
Terletak di tebing yang menghadap pantai hutan hujan Pasifik, Hotel Costa Verde berhampiran Quepos, Costa Rica. Bilik tidur cuma dua, sepenuhnya dipasang, vintage 1965 pesawat Boeing 727...Jom kita jajah lagi:
 
- Interior pesawat adalah jati Costa Rica panel dari kokpit ke ekor
- Perabotan yang diukir tangan,kayu jati dari Jawa, Indonesia
- Rumah 727 vintage mempunyai ciri-ciri dua bilik tidur dengan 1 mempunyai 2 katil queen saiz dan bilik 1 lagi 1 katil queen saiz.
- Kemudahan tambahan termasuk: flat screen TV, dapur, ruang makan foyer, teres dengan pemandangan laut, pintu masuk peribadi, sebuah tangga spiral, dan pemandangan 360 darjah di sekitarnya kebun
- Tetangga Treetop umum meliputi: monyet, sloths dan toucans.
Harga Eksekutif SUITE 727

Summer Season | $ 500 ditambah cukai - 2 Januari 2010 - April 30, 2010
Green Season | cukai ditambah $ 400 - 1 Mei 2010 - Nov 18, 2010
Summer Season | $ 500 ditambah cukai - Nov 19, 2010 - 22 Disember 2010
Christmas Season | cukai ditambah $ 700 - 23 Disember 2010 - 1 Januari 2011
Summer Season | $ 500 ditambah cukai - 2 Januari 2011 - April 30, 2011
Green Season | cukai ditambah $ 400 - 1 Mei 2011 - Nov 19, 2011

  

*macam maner agak2 mampu x suatu hari nanti....macam mustahil tapi rezeki manusia siapa yang tahu.....Kalau sesiapa yang mampu bolehlah cuba...hihihi***



Sunday, May 8, 2011

Sejarah Hari Ibu

Rhea, "the mother of gods"

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.


Rhea ( /ˈr.ə/Ancient Greek: Ῥέα) was the Titaness daughter ofUranus, the sky, and Gaia, the earth, inGreek mythology. She was known as "the mother of gods". In earlier traditions, she was strongly associated with Gaia and Cybele, the Great Goddess, and was later seen by the classical Greeks as the mother of theOlympian gods and goddesses, though never dwelling permanently among them on Mount Olympus. The Romans identified Rhea with the Goddess Ops.

Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang fakir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
 Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
 
 
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
 
*Kini sambutan hari ibu dilakukan diseluruh dunia....dalam sedar x sedar...sepertimana valentine day, april fool...Umat islam perlu sedar supaya tidak mudah terjerumus...Hari Ibu yang sebenarnya adalah setiap hari..
 I LOVE MY MOTHER EVERYDAY*
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...