Pages

Jom Klik:Tawaran Hebat

Tuesday, May 10, 2011

Maybank & RHB Umum Kenaikan Kadar Faedah

Baru ini rakyat malaysia telah diumumkan dengan kenaikan OPR Bank Negara. Kalau nak tahu rujuk disini. Oleh itu kumpulan perbankan tempatan pasti akan mengumumkan kenaikan kadar faedah masing-masing susulan langkah Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 3.0 peratus daripada 2.75 peratus minggu lalu. Jadi kumpulan perbankan juga telah mengumunkan kenaikan kadar faedah. Jom kita lihat:

Malayan Banking Bhd (Maybank

Maybank dalam kenyataannya semalam berkata, ia menaikkan kadar faedah deposit serta pinjamannya sebanyak 0.3 peratus.

Ia berkata, Kadar Pinjaman Asas (BLR) bagi pinjaman konvensional bank itu dinaikkan daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun.

Kumpulan perbankan terbesar tempatan itu juga berkata, untuk Kadar Pembiayaan Asas (BFR) bagi Maybank Islamic Bhd juga dinaikkan kepada 6.60 peratus daripada 6.30 peratus.

RHB Banking Group


RHB Banking Group pula mengumumkan kenaikan BLR RHB Bank Bhd dan BFR RHB Islamic Bank masing-masing daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun.

Ia juga mengumumkan kadar faedah tempoh deposit tetap barunya, iaitu 3.05 peratus (satu hingga dua bulan), 3.10 peratus (tiga hingga lima bulan), 3.20 peratus (6 hingga 11 bulan) dan 3.30 peratus (12 bulan).

Pegawai Prinsipal RHB Bank Bhd, Renzo Viegas berkata, semakan itu adalah sejajar dengan langkah Bank Negara menaikkan OPR.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz ketika mengulas mengenai keputusan bank pusat itu menaikkan OPR itu minggu lalu berkata, ia adalah langkah wajar selepas mengambil kira kedudukan ekonomi semasa.

Beliau turut menegaskan bahawa langkah itu tidak mengehadkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerana pada kadar semasa, ia masih mampu menyokong kerancakan ekonomi.

Sementara itu penganalisis berkata, susulan pengumuman menaikkan kadar faedah oleh Maybank serta RHB itu, kumpulan perbankan lain juga dijangka membuat pengumuman yang sama dalam tempoh terdekat ini.

*Oleh itu setelah kenaikan faedah, kita akan dapat lihat kenaikan inflasi yang mendadak...Sekaligus memberi kesan yang sangat negatif kepada rakyat*...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...