Pages

Jom Klik:Tawaran Hebat

Friday, April 22, 2011

Sistem Tiket Bus Rapid (Baru)

Hari ini nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan penggunaan sistem tiket bus rapid yang baru. Ini supaya dapat memudahkan pengguna yang banyak menggunakan perkhidmatan ini. Sistem ini telah dilancarkan pada 27 Februari 2011 dan akan dilaksanakan mengikut beberapa peringkat. Berikut merupakan maklumat yang perlu difahami.


Berikut adalah cara untuk menggunakan sistem tiket bus rapid yang baru:
1. Bagaimana sistem tiket bas baru ini berfungsi?
Apabila anda sentuh kad transit pada alat pengimbas semasa menaiki bas, tambang maksima mengikut laluan ditolak daripada kad anda. Apabila anda sentuh kad semasa keluar, tambang sebenar dicaj. Jumlah tambang ini dipapar pada skrin, dan baki dipulang ke dalam kad.
2. Apakah mekanisma pembayaran yang diterimapakai sistem tiket bas baru ini?
Sistem ini menerimapakai semua jenis kad Touch n Go, termasuk MyKad Touch n Go.
3. Bagaimana cara membeli kad transit?
Anda boleh membeli kad transit dengan tiga langkah mudah: 1. Tekan butang "Beli Kad". 2. Masukkan wang ke dalam slot mesin (RM5, RM10 dan RM50 diterima). 3. Ambil kad berpandukan arahan rakaman suara. Kad transit yang dibeli di dalam bas berfungsi seperti kad Touch n Go biasa dan diterima di semua perkhidmatan Touch n Go kecuali di tol lebuhraya. Untuk tempoh promosi, kad transit yang dibeli di atas bas adalah percuma (berbanding deposit sebanyak RM10 yang biasa di kenakan apabila anda membeli kad Touch n Go di tempat lain) . Deposit RM2 ini akan dikembalikan di hab bas terpilih, stesen LRT serta ejen peruncit Touch n Go sekiranya anda tidak ingin lagi menggunakan kad transit berkenaan.
4. Bagaimana cara untuk menambah nilai kad?
Anda boleh menambah nilai kad di dalam bas dengan tiga langkah mudah: 1. Tekan butang "Tambah Nilai" 2. Masukkan wang ke dalam slot mesin (kadar tambah nilai pilihan RM1 , RM5, RM10 dan RM50); 3. Sentuh kad pada alat pengimbas selepas arahan rakaman suara. Anda juga boleh menambah nilai di mesin juruwang automatik kebanyakan bank, kedai serbaneka serta lokasi lain yang mempamerkan logo perkhidmatan tambah nilai Touch n Go. Bayaran perkhidmatan sebanyak 50 sen akan dikenakan bagi setiap perkhidmatan tambah nilai.
5. Sesudah membeli / menambah nilai kad di dalam bas, adakah saya masih perlu menyentuh kad pada alat pengimbas?
Tidak perlu, tambang maksima mengikut laluan akan ditolak secara automatik sesudah transaksi pembelian / tambah nilai dilakukan. Bagaimanapun, anda perlu menyentuh kad pada alat pengimbas semasa keluar untuk memastikan tambang sebenar ditolak.
6. Bagaimana untuk mengetahui baki kad saya?
Atas sebab keselamatan, baki anda hanya akan dipamer sekiranya kurang daripada RM12.
7. Apakah jumlah minima yang harus ada dalam kad saya?
Nilai minima yang perlu ada dalam kad perlu sama atau lebih daripada tambang maksima mengikut laluan. Bagaimanapun, jika baki anda kurang daripada nilai maksima tambang yang perlu, anda boleh menambah nilai di dalam bas. Apabila baki kad anda kurang daripada RM12, anda akan diberi peringatan setiap kali menyentuh kad pada alat pengimbas semasa masuk ke dalam bas.
8. Sekiranya keluar bersama ahli keluarga / rakan-rakan yang tidak memiliki kad transit, bolehkah saya membayar tambang mereka menggunakan kad yang sama?
Ya, anda perlu memaklumkan pemandu bas yang akan membantu anda menyelaraskan transaksi ini. Bagaimanapun, untuk kemudahan ini, kesemua transaksi dikenakan kadar tambang dewasa.
9. Bolehkah saya menggunakan kad RapidPass sedia ada untuk menaiki bas?
Ya, semua pengguna RapidPass masih boleh menggunakan kad sama dengan menyentuh pada alat pengimbas sistem sedia ada. Bagaimanapun, anda dinasihatkan menambah nilai kad agar nilai simpan minima anda sama dengan, atau lebih daripada tambang maksima mengikut laluan. Ini bagi memastikan kad anda juga boleh digunapakai pada sistem tiket bas baru.
10. Bolehkah saya mengaktif atau menyahaktifkan fungsi "EZ" RapidPass saya di dalam bas?
Ya. Anda perlu memaklumkan pemandu bas untuk mengaktifkan fungsi ëEZí RapidPass anda, atau sebaliknya.
11. Sebagai warga emas / orang kelainan upaya / pelajar sekolah rendah atau menengah, bolehkah saya terus menikmati kadar konsesi dengan sistem tiket bas baru ini?
Untuk terus menikmati kadar konsesi, mereka yang termasuk dalam kategori ini perlu memohon kad konsesi dengan foto pengenalan. Kad akan diberi kepada pemohon yang menepati syarat semasa pendaftaran di lokasi terpilih dan sekolah-sekolah. 
Untuk maklumat lanjut:
Sila hubungi talian bantuan RapidKL : 03-7885 2585
Layari laman web : RapidKL  

2 comments:

Unknown said...

jika saya tak touch semasa keluar ada effect apa apa ke?

Unknown said...

Nak tanya boleh ke kalau bayar guna ic yang sudah di topup?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...