Pages

Jom Klik:Tawaran Hebat

Friday, April 22, 2011

Review Nuffnang, Innity, Advertlets & Manga ads....

1. Nuffnang
Kelebihan
  • Syarikat pengiklanan yang paling berjaya dan popular di kalangan blogger-blogger Malaysia.
  • Banyak contest yang menawarkan hadiah lumayan dan aktiviti untuk blogger-blogger dianjurkan Nuffnang. Antaranya Event Gatsby Deodorant Street Fair yang telah dicatatkan dalam Malaysian Book of Records untuk ‘The Largest Bloggers Gathering’.
  • Blogger juga berpeluang mendapat tiket wayang free, freebies dan sebagainya.
  • Banyak iklan dipaparkan kerana Nuffnang mempunyai banyak advertiser.
  • Mempunyai dashboard yang membolehkan blogger melihat keyword yang masuk, referrals dan unique visitor.
  • Bayaran dibuat melalui cek. Belum ada kes Nuffnang tidak membuat bayaran kepada blogger.
  • Nilai minimum untuk cashout ialah RM50.00.
Jenis iklan
Leaderboard (728×90), skyscraper (160×300) dan large rectangle (336×280)

Earning
1. Kempen CPC – Anda akan dibayar apabila iklan diklik oleh pelawat.
2. Metered Earning (Kempen CPM) – Earning bergantung kepada jumlah unique visitor semasa iklan sedang berjalan. Anda akan dibayar dengan ‘fixed amount’ untuk setiap unit iklan.
3. Buffered Earning (Kempen Metered CPM) – Advertiser membeli ruang iklan di blog untuk jangka masa tertentu.

Status Glitterati
Mana-mana blog yang hanya meletakkan iklan Nuffnang akan mendapat status Glitterati. Blog yang meletakkan iklan Nuffnang bersama-sama iklan Innity, Advertlets dan Mangga Ad akan hilang status Glitterati. Bayaran iklan untuk blog berstatus Glitterati lebih tinggi berbanding blog berstatus Ordinary. Status Gliterati tidak hilang jika iklan Google Ads diletakan di blog.

2. Innity
Kelebihan
  • Bayaran iklan tertinggi berbanding Nuffnang, Advertlets dan Mangga Ad.
  • Banyak jenis iklan yang boleh diletakkan di blog antaranya rectangle (300×250), skycraper (120×600), leaderboard (728×90), head banner (468×60), ballon (260×230), bottoms up (325×90), site take over (780×450), text link dan in-text.
  • Mempunyai option ‘Alternate Ad Management’ di mana blogger boleh meletakkan iklan-iklan lain yang akan dipaparkan secara rotate sekiranya tiada iklan Innity berjalan.
  • Tiada status membership seperti Glitterati Nuffnang. Jadi blogger bebas untuk meletakkan apa sahaja iklan di blog.
  • Bayaran dibuat secara bank-in.
Earning
1. Cost per click (CPC)
2. Cost per thousand impression (CPM)
3. Cost per engagement (CPE)

Requirement
Innity meletakkan syarat untuk blogger-blogger yang ingin berdaftar sebagai publisher. Antaranya ialah 6,000 unique visitors dan 30,000 pageviews sebulan.

3. Advertlets
Kelebihan
  • Earning yang tinggi jika mempunyai trafik blog yang tinggi.
  • Mudah untuk diupdates dan tidak perlu menjawab survey
  • Banyak pilihan banner pengiklanan yang disediakan
  • Iklan selalu keluar dalam blog
  • Memiliki blog sendiri dan komuniti yang join
Kelemahan
  • Kurang iklan dipaparkan berbanding Nuffnang dan Innity.
  • Mempunyai sistem pembayaran yang agak lambat....
  • Minimum cashout RM100, nilai yang besar untuk dicapai oleh sesetengah blogger.
4. Manga ads


Kelebihan
  • Selain earning CPC, Mangga Ad turut mempunyai earning berdasarkan impression yang bergantung kepada jumlah pelawat @ unique visitor.
  • Mempunyai reputasi yang baik kerana merupakan anak syarikat Utusan Malaysia.
  • Mempunyai Friends Widget di mana blogger boleh menambah rakan blogger sebagai partner.
  • RM 20 akan diberi dengan syarat setia dengan manga ads selama 2 minggu...
Kelemahan
  • Kurang iklan dipaparkan, mungkin masih kekurangan advertiser.
  • Dashboard yang tak mesra pengguna dan mengelirukan.

1 comment:

Jutawan4all said...

make money from u blog with cpm ads network http://www.cpmtag.com/signup.php?id=dollarking

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...